SJKC di Johor hadapi masalah kurang guru
Persekutuan Tiong Hua Negeri Johor mahu kerajaan negeri membantu mengatasi kekurangan guru sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).Presidennya Datuk Seri Tey Kim Chai berkata pihaknya bimbang dengan kekurangan guru di SJKC yang boleh menjejaskan pencapaian murid di sekolah berkenaan."Masyarakat Tiong Hua amat mengambil perhatian berat tentang isu yang telah lama berlarutan ini dan berharap kerajaan mengambil langkah segera untuk menangani isu penting ini," kata beliau semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Johor Bahru semalam.Beliau berkata sebagai contoh di Johor Baharu, kini kurang daripada 300 orang guru ditempatkan di SJKC yang berjumlah 35 buah.Sementara itu Ketua Biro Pendidikan persekutuan itu Keem Chung Yee berkata keperluan guru SJKC di Johor Bahru ialah kira-kira 180 orang, begitu juga dengan guru sementara.Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat Cina sekitar Johor Bahru diraikan yang turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada persekutuan itu.Bernama
No comments:
Post a Comment