Menteri dakwa ada bukti pembalakan haram
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Gua Musang, iaitu antara penyebab banjir besar melanda Kelantan, baru-baru ini.
Beliau mendakwa penerokaan haram itu membabitkan kawasan hitam yang tidak terusik sejak zaman darurat tetapi diteroka pihak tertentu sejak sekian lama.
"Saya mempunyai bukti kukuh mereka ini diberi Lesen Pendudukan Sementara untuk meneroka tetapi meneroka sehingga melampaui kawasan yang diberi kebenaran. Saya juga ada maklumat siapa yang melakukan kerja-kerja ini.
"Mereka ini antaranya tauke-tauke besar dari negara jiran. Saya harap ada undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Shahidan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca banjir bersama agensi-agensi
-Bernama
No comments:
Post a Comment