Get the latest Malaysia news stories and opinions with focus on National

Monday, January 12, 2015

RM900j aset Kementerian Kesihatan terjejas

RM900j aset Kementerian Kesihatan terjejas


Kementerian Kesihatan bercadang membeli aset untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat diberikan walaupun ketika menghadapi bencana seperti banjir besar baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata aset itu termasuk mempunyai kemudahan perkhidmatan helikopter sendiri dan bot untuk hospital dan klinik kesihatan yang mudah dinaiki air.
Beliau berkata ini kerana aset seperti bot dan helikopter yang dimiliki agensi lain terpaksa dikongsi oleh pelbagai pihak semasa banjir memuncak menyebabkan perkhidmatan kesihatan tidak dapat dilaksanakan atau terjejas semasa bencana banjir baru-baru ini.
"Saya tidak boleh salahkan mana-mana pihak jika mereka tidak dapat membantu kerana bukan klinik dan hospital sahaja memerlukan bantuan kerana mereka juga perlu selamatkan orang terperangkap di rumah, atas bumbung dan di kampung.
"Jadi apabila kemudahan yang ada perlu diagihkan kepada sebegitu banyak keperluan, sudah tentu ia tidak dapat memenuhi permintaan kami serta-merta," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh hari ini.
Subramaniam berkata situasi berkenaan terjadi di Kelantan sewaktu banjir teruk pada 25 dan 26 Dis lepas yang telah menjejaskan perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan hanya dapat diberikan apabila jabatan kesihatan menyewa sendiri bot







banjir.
- Bernama

No comments:

Post a Comment